Monday, July 27, 2009

ICT dan Hala Tuju Negara

Kerajaan Malaysia meletakkan ICT sebagai salah satu program utama dalam setiap rancangan pembangunan lima tahunnya. Ini disebabkan dalam era teknologi maklumat ini, ekonomi sesebuah negara bergantung pada pengetahuan rakyatnya. Penggunaan ICT secara strategik penting bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Keupayaan Ict dipertingkatkan bagi merapatkan jurang digital dan memperluaskan penggunaan transaksi dalam talian. Dalam Rangcangan Malaysia Kesembilan, kerajaan memberikan lapan tumpuan pembangunan ICT.

1. Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedai global.

2. Meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara.

3. Menggiatkan usaha merapatkan jurang digital.

4. Membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber yang baru dan aplikasi multimedia MSC.

5. Merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk bio-informatif, gabungan bioteknologi dan ICT.

6. Membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT.

7. Mempercepatkan budaya e-pembelajaran.

8. Mempertingkatkan keselamatan maklumat.